| |


Al-Hannah merupakan satu tempat bagi mendidik dan mengasuh kanak-kanak
yang berlandaskan Pendidikan Islam bersesuaian era teknologi masa kini.
Di samping memberi penumpuan kepada pendidikan akademik, pendidikan agama, moral
dan akhlak juga mesti diberi penekanan. Oleh itu Al-Hannah ditubuhkan untuk
melahirkan kanak-kanak yang cemerlang dalam bidang akademik dan mendidik agar jiwa,
fikiran dan fizikal mereka mengikut apa yang dikehendaki Allah.

- Mengasuh dan memberikan didkan awal bagi kanak-kanak sesuai dengan tuntutan syariat.
- Melatih kanak-kanak mendapat persediaan awal bagi mempelajari asas pelajaran, membaca, menulis dan mengira
- Menggalakkan interaksi kanak-kanak dengan masyarakat sekeliling
- Membina keyakinan diri dan meningkatkan kreativiti di kalangan kanak-kanak
- Melahirkan kanak-kanak berfikiran terbuka yang tidak hanya tertumpu kepada satu aspek sahaja bagi menangkis apa jua bentuk disekeliling serta menjadikan kanak-kanak yang berfikiran kreatif dan inovatif.

Al-Hannah diasaskan oleh Ustazah
Hjh. Fadzilatularmy Jamaluddin yang dikenali oleh
kakitangan serta anak-anak Taska dan Tadika sebagai "Ummi" ditubuhkan pada 1 Januari 1998. Dengan hanya beberapa orang guru, Al-Hannah telah memulakan operasi pertamanya di Taman Rakan, Cheras. Pada ketika itu, para pelajar adalah seramai 63 orang sahaja. Kini Al-Hannah telah mengembangkan operasinya di Bandar Mahkota Cheras, Kajang Perdana
dan Taman Seri Jelok Kajang.
Latarbelakang
Pengasas
Berasal dari Negeri Pahang Darul Makmur, Malaysia.
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Agama di :
-
SM Agama
Padang Tengku, Kuala Lipis, Pahang
-
Kuliah Sultan Abu Bakar,
Pekan, Pahang
-
Nahdhah Bukit Besar,
Alor Star, Kedah
-
Universiti Al Azhar, Kaherah, Mesir
Telah mengembara bebrapa buah negara untuk menimba
ilmu pengetahuan serta pengalaman. Sila letakkan tetikus di atas
gambar untuk lihat penerangan gambar. Klik atas gambar untuk
membesarkannya.
|