
Pengasas
Ustazah Hjh. Fadzilah
(Ummi)

Ummi bersama
keluarga tercinta
|
|

Al-Hannah Edukid merupakan satu tempat bagi mendidik dan mengasuh kanak-kanak
yang berlandaskan Pendidikan Islam bersesuaian era teknologi masa kini.

Di samping memberi penumpuan kepada pendidikan akademik, pendidikan agama, moral
dan akhlak juga mesti diberi penekanan. Oleh itu Al-Hannah Edukid ditubuhkan untuk
melahirkan kanak-kanak yang cemerlang dalam bidang akademik dan mendidik agar jiwa,
fikiran dan fizikal mereka mengikut apa yang dikehendaki Allah.
Objektif
- Mengasuh dan memberikan didikan awal bagi kanak-kanak sesuai dengan tuntutan syariat.
- Melatih kanak-kanak mendapat persediaan awal bagi mempelajari asas pelajaran, membaca, menulis dan mengira
- Menggalakkan interaksi kanak-kanak dengan masyarakat sekeliling
- Membina keyakinan diri dan meningkatkan kreativiti di kalangan kanak-kanak
- Melahirkan kanak-kanak berfikiran terbuka yang tidak hanya tertumpu kepada satu aspek sahaja bagi menangkis apa jua bentuk disekeliling serta menjadikan kanak-kanak yang berfikiran kreatif dan inovatif.
Sejarah Penubuhan
Al-Hannah Edukid diasaskan oleh Ustazah Hjh.
Fadzilah Jamaluddin pada 1 Januari 1998.
Dengan hanya beberapa orang guru, Al-Hannah Edukid telah memulakan operasi pertamanya di Taman Rakan, Cheras. Pada ketika itu, para pelajar adalah seramai 63 orang sahaja. Kini Al-Hannah telah mengembangkan operasinya di Bandar Mahkota Cheras, Kajang Perdana, Seri Jelok
dan Saujana Impian, Kajang.
Berpendidikan di Univesiti Al Azhar, Mesir serta
berpengalaman dan telah menjelajahi beberapa negara di bawah;
|
|