MENU PINTASAN

+ Tadika
+ Taska
+ Tuisyen
+ Iqra
+ Transit
+ Pengangkutan

 

 

Pengenalan

Tadika Al-Hannah merupakan sebuah institusi bagi mengajar dan mendidik kanak-kanak di peringkat umur 4, 5 dan 6 tahun. Ianya ditubuhkan dengan tujuan bagi menyediakan tapak semaian dalam pendidikan kanak-kanak yang berlandaskan Pendidikan Islam yang sebenar.

Menyediakan pendidikan pra sekolah merangkumi pendidikan agama dengan penekanan kepada bahasa arab dan asas ICT. Kurikulum Tadika Al-Hannah telah di rekabentuk untuk memberikan persediaan penuh kepada anak-anak menghadapi alam persekolahan. Waktu operasi kami di Al-Hannah adalah pada hari Isnin hingga Jumaat

  Taman Rakan   : 7.30 pagi - 11.30 pagi
  Bandar Mahkota   : 8.00 pagi - 12.00 pagi
  Kajang Perdana  

: 7.30 pagi - 11.30 pagi


Al-Hannah juga menyediakan khidmat pakaian seragam dan pakaian sukan untuk kanak-kanak beriadah.

Sukatan Pelajaran

  • Fardhu Ain / Moral
  • Bahasa Malaysia
  • Matematik
  • Bahasa Inggeris
  • Tulisan Jawi
  • Bahasa Arab
  • Iqra'
  • Pendidikan Seni
  • Hafalan Surah & Doa Pilihan

Laporan Kemajuan
Hasil kerja pelajar akan direkodkan dari semasa ke semasa di dalam Kad Laporan Kemajuan Pelajar untuk diteliti oleh ibubapa pelajar.

Program / Ko-Kurikulum

  • Perisian computer
  • Latihan Sembahyang
  • Sukan
  • Lawatan
  • Sambutan Hari Lahir
  • Konsert Kanak-kanak
  • Video Pendidikan / Komputer

Menu

  • Minum Pagi - roti mentega, nasi lemak, mee hoon goreng dan sebagainya.
  • Menu bertukar setiap hari.

Kelas

  • Saidina Ali ( 5 Tahun )
  • Saidina Abu Bakar ( 6 Tahun )
  • Saidina Umar ( 6 Tahun )

Konvokesyen Mini
Pelajar yang menamatkan pelajaran akan dianugerahkan Sijil Tadika dalam majlis penyampaian sijil dan hadiah tahunan yang akan diadakan pada tiap-tiap tahun.